Sunday 27 September 2015

ZAMAN PENJAJAHAN

ZAMAN PENJAJAHAN : PORTUGIS , BELANDA , INGGERIS DAN JEPUN

Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing,dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang sama-sama  berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu.bagaimanapun atas kesilapan,kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri melayu berkenaan , kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah . Tambahan pula,kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara asia tenggara . Untuk memperolehi kawasan yang mempunyai sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) dan untuk mengembangkan agama Kristian .
Dari segi sejarah negara telah dijajah lebih kurang 446 tahun,bermula dengan kejatuhan kerajaan melayu melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 . Selepas itu , penjajahan diikuti oleh Belanda , Inggeris , Jepun . Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utara Tanah Melayu . Penjajah Inggeris meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara ini . Khususnya berkaitan sistem pentadbiran , ekonomi dan pendidikan . Penjajah Inggeris dan Jepun meningalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini . Oleh yang demikian  pengetahuan tentang penjajahan adalah penting untuk memahami situasi negara sekarang .

PORTUGIS

Penjajah Portugis menduduki melaka selama 130 tahun , iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641.walaupun begitu lama menjajah  Melaka . Namun Portugis tidak bejaya meluaskan pengaruhnya.usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau misalnya gagal . Pengaruhnya hanyalah di sekitar bandar Melaka . Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan . Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada  masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan .


BELANDA

Orang Belanda mula berdagang di kepulauan melayu pada abad ke-17. Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi(jakarta) di pulau Jawa.mereka menubuhkan syarikat hindia timur Belanda(voc) , pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan melayu , disamping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri melayu . Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor .Bagaimanapun Portugis,Belanda tidak banyak meningalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat , untuk tujuan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di kepulauan melayu.


INGGERIS


Dari segi sejarah,pada tahun 1600 pedagang-pedagang telah menubuhkan syarikat india timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China . Lama kelamaan syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan melayu setelah perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan untuk mencari pengkalan yang bebas dari serangan lanun.pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah . Pada 6 Februari , 1819 Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan temenggung Abdul Rahman . Bermula dari sini dari semasa ke semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu .

Perjanjian Inggeris-Belanda

Kesan daripada Singapura telah menimbulkan kemarahan di pihak Belanda lebih-lebih lagi apabila Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang maju . Namun masalah dengan Belanda dapat diselesaikan apabila termeterai perjanjian antara pihak British dengan Belanda pada 17 Mac 1824 . Perjanjian Inggeris-Belanda telah meninggalkan kesan penting hingga hari ini . Antaranya ialah :

1. Pembahagian kepulauan melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan pengaruh Belanda . Perjanjian ini mempengaruhi corak tanah jajahan Inggeris dan Belanda di kepulauan melayu dalam abad ke 19 dan awal abad ke 20.

2. Perpecahan empayar Johor-Riau . Empayar johor berakhir apabila Singapura  dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British,sementara kepulauan Riau jatuh ke bawah pengaruh Belanda.

3. Persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin sengit , apabila Singapura bertambah maju menjadi sebuah pelabuhan bebas  dan pelabuhan intrepot yang penting di gugusan kepulauan melayu .
Adalah jelas bahawa akibat perjanjian Inggeris-Belanda kepulauan melayu telah dipecahkan mengikut kehendak penjajah dan kesannya pada hari ini ialah negara malaysia dan negara Indonesia berbeza dari segi politik dan kesan pengaruh penjajah .

Jepun

Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar  ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan singapura . Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan :

1.   Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan .
~ Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan mereka tidak bersedia .

2.   Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun .
~ Sebelum menyerang Tanah Melayu , Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan     Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .

Kesan pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus :

Kesan sosial

1.ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang melayu dan india mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri thai dan burma.

2.orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan  tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang  tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan  pertembungan budaya yang berlainan latar belakang.

Kesan Ekonomi

Pada masa pemerintahan Jepun  ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan . Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot . Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.

Kesan politik

Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan  rakyat hidup dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:

1. Wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu . Propaganda “asia untuk orang asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.

2. Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.orang-orang melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris . Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang . Sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.

Selepas pendudukan Jepun

Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut.kekacauan,persengketaan dan pertempuran antara kaum(contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.

Sekembalinya ke Tanah Melayu, pihak inggeris telah menubuhkan pentadbiran tentera british(BMA) dan mengisytiharkan kesatuan Malaya( Malayan Union).Kegiatan PKM sangat aktif sehingga pihak inggeris mengisytiharkan darurat di tanah melayu, iaitu Perak,Johor pada Jun 1948 dan di seluruh tanah melayu pada tahun 17 Jun 1948. Beberapa langkah telah dijalankan untuk menyekat kegiatan komunis termasuk rancangan briggs dan rancangan Templar. Perundingan juga telah diadakan untuk tokoh tokoh PKM iaitu yang dinamakan rancangan baling , pada 28 dan 29 Disember 1955. Namun rundingan tersebut telah gagal. Menjelang tahun 1960 ,PKM telah hilang pengaruh dan pada 31 Julai 1960 undang undang darurat telah ditamatkan .

No comments:

Post a Comment