Sunday 27 September 2015

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
(PTM)


Punca Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

- Kerajaan British membentuk satu Jawatankuasa Kerja bertujuan menggubal satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu

- Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Malayan Union yang sebelum ini

- Dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua orang wakil UMNO dan enam orang pegawai British

Proses Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

- Rundingan dan pakatan dibuat

- Hasilnya, Jawatankuasa Kerja ini mengemukan laporan mereka dan diterbitkan pada Disember 1946

Penentangan Terhadap Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

- Ekoran laporan yang dibuat, masyarakat bukan Melayu melahirkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan tersebut

- Menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Tanah Melayu (AMCJA) dan dipimpin Tan Cheng Lock

- AMCJA menggabungkan MDU, MIC, Liga Belia Demokrasi Baru Tanah Melayu

- AMCJA mengemukakan enam cadangan baharu

Cadangan yang dikemukan oleh  AMCJA

- Menubuhkan Dewan Undangan Pusat yang anggotanya dipilih oleh rakyat

- Singapura disatukan dengan Tanah Melayu

- Orang Melayu diberi tumpuan khas supaya berpeluang untuk dimajukan

- Orang Melayu berhak ke atas hal ehwal adat istiadat dan agama Islam

- Kedaulatan Raja-raja Melayu dikekalkan tetapi di bawah pelaksanaan Raja         Berpelembagaan

- Hak sama rata bagi seluruh penduduk di Tanah Melayu

Penentangan Terhadap Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

- Orang Melayu yang berideologi lebih radikal mengemukakan bantahan terhadap draf baharu perlembagaan PTM
Terdiri daripada angota-anggota PKMM, API, AWAS dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

- PUTERA kemudiannya mengemukakan empat cadangan yang mungkin membantu

Cadangan yang dikemukan oleh  PUTERA

- Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara

- Perkataan ‘Melayu’ sebagai nama kerakyatan bagi semua penduduk

- Hubungan luar dan pertahanan hendaklah dipikul bersama antara Tanah Melayu dan  Kerajaan British

- Bendera kebangsaan mengandungi warna-warna kebangsaan orang Melayu

Penentangan Terhadap Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

- Seterusnya, PUTERA berkerjasama dengan AMCJA lalu mengemukakan tuntutan dan cadangan baharu yang mengandungi 10 perkara dipanggil ’Perlembagaan Rakyat’

- Ekoran peristiwa itu, British mula memberikan perhatian terhadap reaksi orang bukan Melayu

- Pegawai-pegawai British dan orang bukan Melayu membincangkan cadangan-cadangan di atas perlembagaan baharu

Syarat-syarat Perlembagaan Baharu

- 9 buah negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka dimasukkan ke dalam 

- Persekutuan tetapi Singapura dikecualikan

- Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Suruhanjaya Tinggi British yang dilantik oleh Kerajaan British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat 
Kerajaan Persekutuan

- Sultan diberikan hak dan kuasa semula ke atas negeri masing-masing

- Kerajaan negeri diberi hak ke atas kesihatan, pendidikan, tanah dan pertanian

- Orang melayu diberi hak istimewa sebagai kaum Bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan dan Negeri

Kemunculan Parti-parti Politik Utama selepas Perang Dunia Kedua

1.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

2.Kongres India Malaya (MIC)

3.Persatuan Cina Malaya (MCA)

3.Parti Perikataan

4.Parti Malaya Merdeka (IMP)

Rundingan Kemerdekaan

- Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955

- Rombongan Tunku Abdul Rahman ke London

- Hasil rundingan Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan tarikh 
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957

- Akhirnya, perlembagaan Persekutuaan Tanah Melayu yang digubal telah diluluskan oleh Majlis Perundagan Persekutuaan pada 15 Ogos 1957 dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957

- Akhirnya, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .

Kesimpulan

Pelbagai idea yang telah dipelbagaikan oleh masyarakat terdahulu dalam usaha memaju dan melancarkan pentadbiran Tanah Melayu . Sebagai seorang warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik, kita seharusnya menghargai usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu

KESATUAN MALAYA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

KESATUAN MALAYA

MALAYAN UNION

   LATAR BELAKANG

Penjajahan Jepun menyerah kalah pada 1945 dan dengan itu juga Perang Dunia II tamat.Tempoh di antara penyerahan kuasa Jepun dan kedatangan semula British di Tanah Melayu telah memberi kesempatan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) untuk mengambil alih kuasa pemerintahan di Tanah Melayu.

Sejarah menunjukkan bahawa PKM dapat menguasai tanah Melayu selama 14 hari.  Dalam tempoh tersebut dan juga waktu selepas itu, anggota-anggotanya telah membuat kekacauan dan huru-hara. British datang ke Tanah Melayu pada bulan September 1945. Untuk mengembalikan keamanan. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA)  telah ditubuhkan.

Dalam keadaan huru hara pemerintahan tentera dirasakan perlu. Sistem pentadbiran tentera tersebut tidak bertahan lama. Berikutnya British telah mencadangkan sistem pentadbiran baru yang dinamakan sebagai Malayan Union (Kesatuan Malaya). 


  TUJUAN DIPERKENALKAN MALAYAN UNION

Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 telah membentangkan satu kertas putih yang isinya adalah mengenai matlamat British untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Malayan Union.

Malayan Union yang dicadangkan merupakan satu kesatuan negeri-negeri Melayu. Dalam pentadbiran ini negeri-negeri di semenanjung yang tidak pernah lagi ditadbirkan sebagai satu kesatuan, dan mempunyai cara pemerintahan tersendiri adalah ditadbirkan di bawah satu kesatuan.

Tujuan utama diperkenalkan Malayan Union ialah untuk mempastikan kepentingan British di Tanah Melayu terpelihara, khususnya kepentingan ekonomi.[2] Untuk tujuan ini tindakan menyeragamkan pentadbiran di bawah satu sistem (Malayan Union)  adalah perlu dengan sebab-sebab tertentu iaitu:

i.              Melalui satu sistem pemerintahan, kos pentadbiran negeri-negeri melayu dapat dijimatkan.
ii.             British juga pernah menyatakan kononnya bahawa matlamat akhirnya ialah untuk memberikan kemerdekaan kepada negeri ini.
iii.            Selain daripada itu juga dikatakan bahawa British segaja menubuhkan  Malayan Union kerana perasaan benci beberapa pegawai Inggeris terhadap orang Melayu yang dikatakan menyokong Jepun semasa  penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

   CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

a.         Terdiri daripada  sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

b.         Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir  Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur, Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan.

c.         Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat Gabenor, sedangakan kedaulatan mereka sebagai raja di negeri mereka sendiri dihapuskan. Raja hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

d.         Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk tujuan mengurus kerajaan tempatan tetapi masih tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat.

e.         Malayan Union tidak melibatkan Singapura, Singapura masih dikekalkan sebagai tanah jajahan di bawah kuasa seorang Gabenor Jeneral British yang berkuasa ke atas Gabenor Malayan Union.

f.             Dari segi kerakyatan, ianya berdasarkan prinsip jus soli. Melalui prinsip ini kerakyatan Tanah Melayu diperolehi sekiranya:

i.          Orang asing  yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin  di Tanah  Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun sebelum 15 Febuari.
ii.          Seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan  Malayan Union

g.         Hak warganegara yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau asal keturunan ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan hak mengundi  dalam pilihanraya umum.


   IMPLIKASI PENUBUHAN MALAYAN UNION

Tentangan Orang Melayu

Rancangan Malayan Union mendapat bantahan. Mereka menyuarakan bantahan melalui pelbagai cara, antaranya melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara, menghantar surat bantahan kepada kerajaan British di London. Bantahan dilakukan secara teratur dan secara bersama melalui persatuan-persatuan Melayu di peringkat negeri seperti mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan di seluruh Tanah Melayu.[3]


Pada 1 April 1946 Malayan Union ditubuhkan secara rasmi dengan Sir Edward Gent menjadi Gabenor Jeneral yang pertama. Orang Melayu bertindak memulaukan upacara perlantikan Gabenor Malayan Union dan semua majlis yang dianjurkan oleh kerajaan British. Sebagai tanda bantahan, orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

Kongres Melayu Se Malaya Kedua di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 meluluskan pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diberi tugas untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union dan Dato’ Onn bin Jaafar di pilih  menjadi yang dipertua UMNO yang pertama.[4]


Sebab-Sebab Penentangan

Antara sebab-sebab penentangan Malayan Union ialah:

a.            Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan Union. Mereka tidak di beri peluang berbincang dengan para pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.

b.            Persetujuan raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing.[5]

c.            Sir Harold Mac Micheal menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu.

d.            Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang Melayu. Sebelum ini raja merupakan orang yang paling tinggi dalam struktur sosial masyarakat Melayu tradisional. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatasi raja. Seseorang raja yang memerintah merupakan seorang pemimpin yang ditaati, dihormati dan disegani.

e.            Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu. Terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melalyu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.

f.             Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peribumi di Tanah Melayu, orang Melayu berasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.

KERAJAAN KERAJAAN MELAYU BARU


KERAJAAN KERAJAN MELAYU BARU

KERAJAAN JOHOR


- Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.

- Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat,Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.


- Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.



KERAJAAN PERAK

- Petempatan di perak telah terbukti dengan penemuan pelbagai artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti kota tampan dan gua badak di lenggong , gua kerbau di sungai siput dan gunung churau di ipoh .

- Terdapat juga catatan dalam sulalatus salatin tentang kewujudan kerajaan tua di Perak seperti beruas dan dinding . perak juga pernah disebut sebagai sebuah negeri bernama ‘gangga Negara ‘ yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 di kawasan beruas atau manjung , perak .



KERAJAAN PAHANG

- Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Penulis Cina menggelarnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang, dan lain-lain. Di dalam buku yang berjudul Chu-Fan-Chi yang diterbitkan pada 1225, Choa Ju-Kua mengatakan bahawa antara negeri yang diserang oleh San-Fo-Chi ialah sebuah negeri yang digelar Peng-Keng, iaitu Pahang. Rekod yang lain termasuklah buku yang ditulis oleh Fei Shin (1436), dan buku Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca (1365).
Pada zaman itu, orang Arab dan orang Eropah menggelar Pahang sebagai Pam, Pan, Phang, Paam, Poa, Paon, Phamm, Paham, Fanhan, Phang, dan Pahagh. Ahli sejarah G.R Tibbets yang mengulas tentang sebuah cerita yang ditulis oleh Al-Masudi, ahli sejarah dan ahli geografi Arab yang juga dikenali sebagai "Herodotus Arab", mempercayai bahawa Fanjab yang disebut di dalam buku itu ialah Pahang. Bagaimanapun, dia berpendapat bahawa nama Fanhan atau Panghang/Panhang adalah lebih tepat, berbanding dengan Fanjab.

- Sesetengah orang mengatakan bahawa nama 'Pahang' berasal daripada salah satu bahasa orang asli Thailand yang membawa pengertian 'bijih'. Orang asli tersebut tinggal di kawasan ini dan membuka banyak kawasan pelombongan, khususnya di SungaiLembing.Sebaliknya, menurut sebuah cerita Melayu yang lama, sebatang pokok 'mahang' raksasa yang tumbuh berhampiranSungai Pahang jatuh menyeberangi sungai itu dan justera, nama negeri itu dilahirkan.

- Pada zaman itu, Pahang juga dikenali sebagai 'Inderapura' atau 'Pahang Inderapura', dengan Pekan, bandar diraja yang terkenal untuk Pahang dan pada suatu ketika, juga untuk Kesultanan Melaka, dikenali sebagai 'Pura'.
Ahli arkeologi telah melakukan banyak penyelidikan dan kerja ekskavasi di beberapa tempat di Pahang. Tapak arkeologi yang popular termasuklah gua, gunung, tebing sungai, dan kawasan pelombongan yang lama, serta       sebilangan ruang terbuka. Antara artifak yang ditemui ialah alat batu,             tembikar, dan alat gangsa, serta alat besi.
     
- Tapak arkeologi yang terkenal di Pahang termasuk:

- Kota Tongkat, Kota Gelanggi (berhampiran Jerantut),

           Tersang (Kuala Lipis), Nyong, Kampung Batu
           Pasir Garam, dan Kampung Pagi
          (titik pertemuanSungai Tembeling dengan Sungai Pahang);
    Gua Kecil (Raub);
    Gunung Senyum, Bukit Chintamanis (Karak),
    Gunung Tongkat, Gunung Kecil, Gunung Bama,
    Gunung Kota Gelanggi, dan Bukit Jong;
- Banyak alat pertanian telah ditemui di bawah tanah, termasuklah kepala lembing, pisau, sabit, cangkul, dan alat besi lain yang luar biasa. Artifak itu ditemui di sebilangan tempat, termasuk tebing Sungai Lembing,     Teluk Lubuk Puai, dan Bukit Jong (di tebing Sungai Lipis). Ahli arkeologi   mempercayai bahawa alat itu dibuat oleh orang dari Zaman Batuterakhir, iaitu Zaman Neolitik.



KERAJAAN SELANGOR    


- Selepas kemangkatan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau pertama (I) iaitu Paduka Sri Sultan Alauddin Ri’ayat Shah Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga pada tahun 1728, ataupun lebih dikenali dengan gelaran Daeng Merewah. Maka Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua (II) bagi mengantikan kekandanya.
Bagaimana lazimnya tanggungjawab dan peranan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau adalah menjaga dan mengawal wilayah-wilayah dibawah naungan Empayar Kerajaan Johor-Riau. Sekitar tahun 1730-an, seorang Bugis yang bernama Daeng Mateko telah berbaik dengan Raja Kecil dari Siak telah mengacau ketenteraman di Selangor; Ini membuatkan Paduka Sri Raja Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau bagi mengamankan kekacauan yang tercetus. Didalam misi ini Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya lari ke Siak. Semenjak dari itu, Paduka Sri Raja Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor bagi memastikan keamanan di Selangor berterusan.

- Ketika Paduka Sri Raja Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada baginda supaya terus menetap di situ. Namun di tolak oleh baginda walau bagaimanapun, baginda telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu bergelar Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), selepas itu baginda pun pulang ke riau bersama-sama dengan rombongan anak buah baginda yang telah datang dari riau. Tidak beberapa lama selepas meletakkan anakanda baginda sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor di Kuala Selangor maka baginda pun mangkat pada tahun 1745.

- Raja Lumu telah datang ke Kuala Selangor sebagaimana yang telah diperintahkan oleh ayahandanya pada tahun 1743 sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), namun baginda tidak mendapat perkenan dari Datuk Engku Klang selaku pemimpin utama di antara empat orang datuk yang menjaga wilayah-wilayah di dalam Selangor namun akur dikala Raja Lumu mendapat pengintirafan dari Paduka Seri Sultan Perak yang mewarisi Kedaulatan Empayar Kesultanan Melaka. Datuk Engku Klang merupakan anakanda Sultan Johor bersama Puteri Mayang Selida puteri kepada Datuk Melingkar Seri Alam yang merupakan wakil yang dilantik oleh Sultan Johor untuk menjaga wilayah Klang.

      Sila rujuk lampiran salasilah Datuk Engku Klang :- Empat orang datuk yang lebih dikenali dengan nama Dato Empat Suku adalah seperti
       yang di nyatakan :

- Kuala Selangor ditadbir oleh Datuk Penggawa, Langat oleh Datuk Aru, Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Klang dan Klang pula ditadbir oleh Datuk Kecil Yang Tujuh (Anak Encik Kuning) yang menggelar dirinya Orang Kaya Klang dan Datuk Engku Klang, selaku pemimpin utama ketika itu namun mereka mempunyai tanggungjawab yang sama. Setelah empat keturunan dari Datuk Engku Klang iaitu di zaman Datuk Engku Naga Menghulur, ketika inilah orang rakyat berkehendakkan seorang raja sebagai Payung.

- Oleh kerana ketika itu Selangor berada dalam pengaruh Bugis, maka keempat-empat Datuk pun bermuafakat dam telah memutuskan untuk menjemput seorang raja sebagai penaung dikalangan anak Raja Bugis.

- Datuk berempat telah sepakat untuk meletakkan anak Raja Gowa yang bernama Arung Pasarai dalam tahun 1700 dengan ditabal oleh Datuk Engku Klang dan menyerahkan mohor sebagai Yam Tuan Besar Selangor. Arung Pasai mangkat pada tahun 1723, kemudian digantikan oleh adindanya yang bernama Raja Siti, Raja Siti mangkat dalam tahun 1743 tidak meninggalkan seorang zuriat pun.

- Kerana inilah Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua iaitu Paduka Sri Raja Chelak Ibni Daing Rilaga melantik anakandanya yang bernama Raja Lumu sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil Jajahan Selangor agar dapat mengisi kekosongan Yam Tuan Besar Selangor.

- Mungkinkah Raja Siti adalah Upu Chendera Burung Kerana kerana dari sumber lisan menyatakan bahawa Kuala Selangor telah didiami oleh orang-orang bugis dan di ketuai oleh pemimpin perempuan yang bernama Upu Chendera Burung dan selepas kemangkatan Upu Chendera Burung Kuala Selangor barulah Daeng Mateko membuat kekacauan Kuala Selangor. Berita yang mengatakan Raja Lumu anakanda Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Dipertuan (Raja Kecil) telah sampai ke pengetahuan Paduka Seri Sultan Perak.

- Maka Paduka Seri Sultan Muhammad Shah Ibni telah menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu berangkat ke Kuala Bernam sebagai tempat pertemuan. Sejurus tiba Raja Lumu, telah di sambut dengan penuh adat istiadat kebesaran menyambut Raja-Raja Berdaulat dengan tiupan nefiri dan pukulan nobat, ianya tujuan untuk mengujian keluhuran daulat seseorang Raja sama ada ia benar-benar benih anak Raja Berdaulat ataupun sebaliknya.

- Setelah semua ujian tidak mendatangkan apa-apa musibah kepada Raja Lumu, maka Paduka Seri Sultan Perak pun mengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor. Faktor yang memungkinkan Paduka Seri Sultan Muhammad Shah memperkukuhkan kedudukan Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor adalah kerana membalas jasa Raja Lumu yang pernah membantu baginda ketika krisis perebutan takhta ketika baginda menjadi Yang Di-Pertuan Muda.

- Dalam tahun 1743 muncul seorang Raja Bugis bernama Daing Selili bergelar “Haji Besar” dilantik sebagai Mufti Negeri Perak, kemudian di gelar Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya oleh Paduka Seri Sultan Sultan Mudzaffar Shah III yang merupakan Orang Besar Perak, Daing Selili telah membawa Daing Hasanah yang kononnya dikatakan Lanun di Pulau Sembilan untuk menyerahkan diri dan bertuankan Paduka Seri Sultan Perak, maka Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III telah melantik Daing Hasanah Sebagai Orang Besar Negeri dan bergelar Laksamana Raja Mahkota.

- Kisah berhubung aharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota tidak dapat di jelaskan di ruangan ini kerna ianya melibatkan perihal negeri Perak namun mereka jua bukan nya orang lain dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Lumu.
Berkemungkinan besar Raja Lumu mendapat pengiktiraf sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor atas pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja Lumu jua.

- Ini kerana takkan mungkin Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III dengan mudah mengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor yang melepaskan Selangor sebagai salah satu Negeri yang bebas dari takluk Johor dan mana mungkin Raja Lumu yang pernah menyerang orang-orang baginda ketika krisis perebutan takhta diantara baginda dengan adindanya yakni Yang Di-Pertuan Muda Raja hingga memungkinkan Kesultanan Perak berpecah menjadi dua ianya berlaku sekitar tahun 1742-1743.

- Dari Pachat hingga ke Ulu (Utara) di bawah perintah Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III yang bersemayam di Kuala Kangsar dan dari Pachat ke hilir hingga ke Kuala Perak di bawah perintah Paduka Seri Sultan Muhamad Shah yang bersemayam di Pulau Tiga.
Berhubung pengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor terlalu banyak versi namun dapatlah dinyatakan bahawa Raja Lumu di iktiraf dan di nobatkan oleh Paduka Seri Sultan Perak sekitar tahun 1743 atas jasa yang pernah diluhurkan dan pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja Lumu jua. Hakikatnya Kesultanan Selangor telah terbina pada tahun 1743 dan Nobat di terima pada tahun 1765 sebagai tanda, Selangor Bebas di bawah Empayar Kesultanan Johor – Melaka. Telah menjadi tradisi dilantik kemudian ditabal kemudian.

- Fakta-fakta dari lain-lain sumber Menurut Pejabat Sultan Perak : Sultan Mahmud Shah memerintah Perak dari tahun 1765-1773. Waktu pemerintahan Baginda, orang-orang Belanda masih menjalankan perniagaan membeli bijih timah di gudang atau loji Belanda di Tanjung Putus. Raja Haji, panglima Bugis yang masyhur dari Riau bersama kekandanya Raja Lumu, Raja Selangor telah datang ke Negeri Perak dalam tahun 1770. Raja Lumu telah beisterikan Puteri di-Raja Perak lalu dinobatkan dan digelar oleh Sultan Mahmud Shah dengan nama Sultan Sallehuddin Shah. Apabila Sultan Sallehuddin Shah berangkat balik ke Negeri Selangor, Baginda ditabalkan pula di hadapan rakyat Selangor dengan membunyikan nobat. Waktu itu Negeri Perak dan Selangor merupakan sahabat baik. 

- Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang Di-Pertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang Di-Pertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak. Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat.

- Tetapi Sejarah Melayu V ditulis oleh Buyong Adil dalam The Malay School Series 1952 menyebut Sultan Selangor itu memerintah dalam tahun 1743-1770. Ketika itu baginda berangkat ke Perak dan dinobatkan oleh Sultan Perak bergelar Sultan Salehuddin
Begitu juga dalam sebuah buku cenderamata Selangor 1939 yang bertulis dalam tulisan jawi, diruangan salahsila Sultan Selangor bertulis Sultan Salehuddin memerintah dalam tahun 1743.
Mengikut buku Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan bin Raja Ab. Hamid, semasa Perak diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Raja Selangor datang mengadap ke Perak. Ketika ini Raja Selangor dinobatkan dan terus dikurniakan gelaran Sultan Salehuddin dengan mengurniakan cap mohor.

TERENGGANU 


- Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.

- "Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah 

- Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.
Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor,Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.

Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang(Raja Perempuan Mas Cayam), Raja Pattani.

- Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin          dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.

- Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga,Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).

- Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746–1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

- Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.

- Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

- Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918–1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).

- Walaubagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu.

- Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 diSingapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin .

KEDAH


- Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauanAsia Tenggara dan Pasifik.


- Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.

- Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling.

- Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).

- Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Sangrama Vijayatunggavarmanyang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore. Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.

KELANTAN

- Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Ku Umar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Ku Umar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Ku Umar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Ku Umar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.

- Selepas pemerintahan Raja Ku Umar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

- Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.


- Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.

- Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang menggelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

- Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahanRaja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sewaktu masih kecil dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

- Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

- Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

- Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

- Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).

- Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteriiaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahandanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan bersemayam di Sening dekat Jembal.

- Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Geting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pandak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.

- Kemudiannya pada 1758M, Long Pandak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pandak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dan Penghulu Umar Kampung Laut dengan Long Yunus yang dibantu oleh Long Gafar seorang putera kepada Raja Reman di Hulu Perak, Mandor Mis dan Penghulu Adas(ipar Mandor Mis).

- Dalam peperangan pada 1762M, Pihak sebelah Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri dengan diberi gelaran Engku Sri Maharaja Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh.

- Mandor Mis dilantik Penghulu Menteri@bendahari dengan diberi gelaran Dato' Maharaja Wangsa serta diberi kuasa berbuat dan memerintah Kampung yang sekarang dipangil Kampung Lundang, Penghulu Adas diberi kuasa berbuat Kampung serta dilantik menjadi Penghulu Kampung tersebut yang sekarang dipangil Kampung Kaduk. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU



Terdapat beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh para sejarawan mengenai kemasukan Islam ke Kepulauan Tanah Melayu atau Nusantara. Pandangan-pandangan tersebut boleh dirumuskan kepada tiga kumpulan teori, iaitu penyebaran Islam dari India, China dan Semenanjung Tanah Arab. Sebelum tahun 1883, kebanyakan pendapat umum mengatakan bahawa Islam telah disebarkan ke kawasan Asia Tenggara menerusi usaha dakwah dari Semenanjung Tanah Arab. Namun, satu teori baru telah dilakukan oleh Hurgronje (1973: 17) dengan mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Nusantara ialah dari India. Pandangan beliau ini kemudiannya telah menjadi masyhur dan diterima pakai oleh ramai daripada kalangan sarjana pengkaji Timur (orientalis) seperti Harrison (1955), Winstedt (1982) dan Hall (1979). Akan tetapi, tidak juga benar untuk kita menentukan bahawa hanya orang India sahaja yang berperanan dalam penyebaran Islam ke Nusantara. Ini kerana semenjak abad ke-4M lagi, penempatan orang Arab di Canton telah ditemui, khususnya di kawasan tenggara China. Malah pada abad ke-11M, penempatan orang Arab turut ditemui di Champa (Kern 2001: 25-27).

salah satu bukti kedatangan di tanah melayu  

Kenyataan ini secara langsung berkaitan dengan teori kedua yang menyatakan bahawa Islam tiba di Kepulauan Melayu menerusi usaha dakwah dari Tanah Besar China dan Champa. Teori ini diperjelaskan secara lanjut oleh Fatimi (1963) melalui buku yang berjudul Islam Comes to Malaysia dan Abdullah (1990: 65-70) menerusi bukunya, Islam di Nusantara. Berdasarkan catatan sejarah China, pada zaman awal perkembangan Islam ketika pemerintahan Thai Sung (627-655M), sekumpulan orang Islam pertama telah datang ke China dan tinggal di San Gan Fou. Kemudian kumpulan ini diiringi pula oleh kumpulan lain yang menggunakan jalan laut dan menjadikan Yunan sebagai pusat penumpuan mereka (Wan Hussein Azmi 1980: 139). Manakala teori ketiga pula yang menegaskan bahawa kedatangan Islam ke Kepulauan Tanah Melayu ialah dari Semenanjung Tanah Arab dan pandangan ini mendapat sokongan ramai daripada kalangan sarjana dewasa ini. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa pedagang dan pelaut Arab sudah pun berada di kawasan Asia Tenggara semenjak sebelum kelahiran Islam lagi. Dengan demikian, apabila Islam tersebar di Tanah Arab, bermulalah pertapakan Islam di Asia Tenggara. Lantaran daripada pandangan ini, para pengkaji mendapati dalam catatan sejarah negara China menyatakan bahawa pada abad pertama Hijrah (seawal abad ke-7M), didapati perkampungan masyarakat Arab telah pun ditemui di Sumatera Utara, khususnya di bahagian barat kepulauan itu. Suatu perkara yang rumit ialah menentukan teori manakah yang tepat dan pasti mengenai kemasukan Islam ke alam Melayu. Akan tetapi apa yang jelas ialah golongan yang mula-mula menyebarkan Islam itu terdiri daripada kalangan saudagar-saudagar Islam, sama ada mereka berbangsa Arab, Parsi, China mahu pun India, yang sekali gus bertindak sebagai da‘i. Kenyataan ini bersesuaian dengan prinsip utama ajaran Islam yang menyeru supaya penyebaran Islam dilaksanakan oleh setiap umat Islam (Pengiran Haji Mohammad 1992: 51).

ZAMAN PENJAJAHAN

ZAMAN PENJAJAHAN : PORTUGIS , BELANDA , INGGERIS DAN JEPUN

Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing,dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang sama-sama  berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu.bagaimanapun atas kesilapan,kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri melayu berkenaan , kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah . Tambahan pula,kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara asia tenggara . Untuk memperolehi kawasan yang mempunyai sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) dan untuk mengembangkan agama Kristian .
Dari segi sejarah negara telah dijajah lebih kurang 446 tahun,bermula dengan kejatuhan kerajaan melayu melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 . Selepas itu , penjajahan diikuti oleh Belanda , Inggeris , Jepun . Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utara Tanah Melayu . Penjajah Inggeris meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara ini . Khususnya berkaitan sistem pentadbiran , ekonomi dan pendidikan . Penjajah Inggeris dan Jepun meningalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini . Oleh yang demikian  pengetahuan tentang penjajahan adalah penting untuk memahami situasi negara sekarang .

PORTUGIS

Penjajah Portugis menduduki melaka selama 130 tahun , iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641.walaupun begitu lama menjajah  Melaka . Namun Portugis tidak bejaya meluaskan pengaruhnya.usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau misalnya gagal . Pengaruhnya hanyalah di sekitar bandar Melaka . Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan . Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada  masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan .


BELANDA

Orang Belanda mula berdagang di kepulauan melayu pada abad ke-17. Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi(jakarta) di pulau Jawa.mereka menubuhkan syarikat hindia timur Belanda(voc) , pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan melayu , disamping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri melayu . Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor .Bagaimanapun Portugis,Belanda tidak banyak meningalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat , untuk tujuan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di kepulauan melayu.


INGGERIS


Dari segi sejarah,pada tahun 1600 pedagang-pedagang telah menubuhkan syarikat india timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China . Lama kelamaan syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan melayu setelah perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan untuk mencari pengkalan yang bebas dari serangan lanun.pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah . Pada 6 Februari , 1819 Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan temenggung Abdul Rahman . Bermula dari sini dari semasa ke semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu .

Perjanjian Inggeris-Belanda

Kesan daripada Singapura telah menimbulkan kemarahan di pihak Belanda lebih-lebih lagi apabila Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang maju . Namun masalah dengan Belanda dapat diselesaikan apabila termeterai perjanjian antara pihak British dengan Belanda pada 17 Mac 1824 . Perjanjian Inggeris-Belanda telah meninggalkan kesan penting hingga hari ini . Antaranya ialah :

1. Pembahagian kepulauan melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan pengaruh Belanda . Perjanjian ini mempengaruhi corak tanah jajahan Inggeris dan Belanda di kepulauan melayu dalam abad ke 19 dan awal abad ke 20.

2. Perpecahan empayar Johor-Riau . Empayar johor berakhir apabila Singapura  dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British,sementara kepulauan Riau jatuh ke bawah pengaruh Belanda.

3. Persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin sengit , apabila Singapura bertambah maju menjadi sebuah pelabuhan bebas  dan pelabuhan intrepot yang penting di gugusan kepulauan melayu .
Adalah jelas bahawa akibat perjanjian Inggeris-Belanda kepulauan melayu telah dipecahkan mengikut kehendak penjajah dan kesannya pada hari ini ialah negara malaysia dan negara Indonesia berbeza dari segi politik dan kesan pengaruh penjajah .

Jepun

Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar  ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan singapura . Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan :

1.   Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan .
~ Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan mereka tidak bersedia .

2.   Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun .
~ Sebelum menyerang Tanah Melayu , Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan     Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .

Kesan pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus :

Kesan sosial

1.ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang melayu dan india mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri thai dan burma.

2.orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan  tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang  tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan  pertembungan budaya yang berlainan latar belakang.

Kesan Ekonomi

Pada masa pemerintahan Jepun  ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan . Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot . Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.

Kesan politik

Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan  rakyat hidup dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:

1. Wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu . Propaganda “asia untuk orang asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.

2. Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.orang-orang melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris . Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang . Sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.

Selepas pendudukan Jepun

Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut.kekacauan,persengketaan dan pertempuran antara kaum(contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.

Sekembalinya ke Tanah Melayu, pihak inggeris telah menubuhkan pentadbiran tentera british(BMA) dan mengisytiharkan kesatuan Malaya( Malayan Union).Kegiatan PKM sangat aktif sehingga pihak inggeris mengisytiharkan darurat di tanah melayu, iaitu Perak,Johor pada Jun 1948 dan di seluruh tanah melayu pada tahun 17 Jun 1948. Beberapa langkah telah dijalankan untuk menyekat kegiatan komunis termasuk rancangan briggs dan rancangan Templar. Perundingan juga telah diadakan untuk tokoh tokoh PKM iaitu yang dinamakan rancangan baling , pada 28 dan 29 Disember 1955. Namun rundingan tersebut telah gagal. Menjelang tahun 1960 ,PKM telah hilang pengaruh dan pada 31 Julai 1960 undang undang darurat telah ditamatkan .