Kenyataan ini secara langsung berkaitan dengan teori kedua yang menyatakan bahawa Islam tiba di Kepulauan Melayu menerusi usaha dakwah dari Tanah Besar China dan Champa. Teori ini diperjelaskan secara lanjut oleh Fatimi (1963) melalui buku yang berjudul Islam Comes to Malaysia dan Abdullah (1990: 65-70) menerusi bukunya, Islam di Nusantara. Berdasarkan catatan sejarah China, pada zaman awal perkembangan Islam ketika pemerintahan Thai Sung (627-655M), sekumpulan orang Islam pertama telah datang ke China dan tinggal di San Gan Fou. Kemudian kumpulan ini diiringi pula oleh kumpulan lain yang menggunakan jalan laut dan menjadikan Yunan sebagai pusat penumpuan mereka (Wan Hussein Azmi 1980: 139). Manakala teori ketiga pula yang menegaskan bahawa kedatangan Islam ke Kepulauan Tanah Melayu ialah dari Semenanjung Tanah Arab dan pandangan ini mendapat sokongan ramai daripada kalangan sarjana dewasa ini. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa pedagang dan pelaut Arab sudah pun berada di kawasan Asia Tenggara semenjak sebelum kelahiran Islam lagi. Dengan demikian, apabila Islam tersebar di Tanah Arab, bermulalah pertapakan Islam di Asia Tenggara. Lantaran daripada pandangan ini, para pengkaji mendapati dalam catatan sejarah negara China menyatakan bahawa pada abad pertama Hijrah (seawal abad ke-7M), didapati perkampungan masyarakat Arab telah pun ditemui di Sumatera Utara, khususnya di bahagian barat kepulauan itu. Suatu perkara yang rumit ialah menentukan teori manakah yang tepat dan pasti mengenai kemasukan Islam ke alam Melayu. Akan tetapi apa yang jelas ialah golongan yang mula-mula menyebarkan Islam itu terdiri daripada kalangan saudagar-saudagar Islam, sama ada mereka berbangsa Arab, Parsi, China mahu pun India, yang sekali gus bertindak sebagai da‘i. Kenyataan ini bersesuaian dengan prinsip utama ajaran Islam yang menyeru supaya penyebaran Islam dilaksanakan oleh setiap umat Islam (Pengiran Haji Mohammad 1992: 51).
KERAJAAN KERAJAN MELAYU BARU
KERAJAAN JOHOR
- Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai
suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu
menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka
(1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan
pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan
Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan
kemudiannya ke Bentan di Johor.
- Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah
II, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang
diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari
sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat,Singapura,
Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu
serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar
dan Siak di Sumatera.
- Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada
Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan
seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
KERAJAAN PERAK
- Petempatan di perak telah terbukti dengan penemuan pelbagai
artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti kota tampan dan
gua badak di lenggong , gua kerbau di sungai siput dan gunung churau di ipoh .
- Terdapat juga catatan dalam sulalatus salatin tentang
kewujudan kerajaan tua di Perak seperti beruas dan dinding . perak juga pernah
disebut sebagai sebuah negeri bernama ‘gangga Negara ‘ yang dipercayai wujud
pada abad ke-5 atau ke-6 di kawasan beruas atau manjung , perak .
KERAJAAN PAHANG
- Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Penulis Cina
menggelarnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang,
Pang-Kang, dan lain-lain. Di dalam buku yang berjudul Chu-Fan-Chi yang
diterbitkan pada 1225, Choa Ju-Kua mengatakan bahawa antara negeri yang
diserang oleh San-Fo-Chi ialah sebuah negeri yang digelar Peng-Keng, iaitu
Pahang. Rekod yang lain termasuklah buku yang ditulis oleh Fei Shin (1436), dan
buku Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca (1365).
Pada zaman itu, orang Arab dan orang Eropah menggelar Pahang
sebagai Pam, Pan, Phang, Paam, Poa, Paon, Phamm, Paham, Fanhan, Phang, dan
Pahagh. Ahli sejarah G.R Tibbets yang mengulas tentang sebuah cerita yang
ditulis oleh Al-Masudi, ahli sejarah dan ahli geografi Arab yang juga dikenali
sebagai "Herodotus Arab", mempercayai bahawa Fanjab yang disebut di
dalam buku itu ialah Pahang. Bagaimanapun, dia berpendapat bahawa nama Fanhan
atau Panghang/Panhang adalah lebih tepat, berbanding dengan Fanjab.
- Sesetengah orang mengatakan bahawa nama 'Pahang' berasal
daripada salah satu bahasa orang asli Thailand yang membawa pengertian 'bijih'.
Orang asli tersebut tinggal di kawasan ini dan membuka banyak kawasan
pelombongan, khususnya di SungaiLembing.Sebaliknya, menurut sebuah cerita Melayu
yang lama, sebatang pokok 'mahang' raksasa yang tumbuh berhampiranSungai Pahang
jatuh menyeberangi sungai itu dan justera, nama negeri itu dilahirkan.
- Pada zaman itu, Pahang juga dikenali sebagai 'Inderapura'
atau 'Pahang Inderapura', dengan Pekan, bandar diraja yang terkenal untuk
Pahang dan pada suatu ketika, juga untuk Kesultanan Melaka, dikenali sebagai
'Pura'.
Ahli arkeologi telah melakukan banyak penyelidikan dan kerja
ekskavasi di beberapa tempat di Pahang. Tapak arkeologi yang popular
termasuklah gua, gunung, tebing sungai, dan kawasan pelombongan yang lama,
serta sebilangan ruang terbuka.
Antara artifak yang ditemui ialah alat batu, tembikar, dan alat gangsa, serta
alat besi.
- Tapak arkeologi
yang terkenal di Pahang termasuk:
- Kota Tongkat,
Kota Gelanggi (berhampiran Jerantut),
Tersang
(Kuala Lipis), Nyong, Kampung Batu
Pasir
Garam, dan Kampung Pagi
(titik
pertemuanSungai Tembeling dengan Sungai Pahang);
Gua Kecil (Raub);
Gunung Senyum, Bukit Chintamanis (Karak),
Gunung Tongkat,
Gunung Kecil, Gunung Bama,
Gunung Kota
Gelanggi, dan Bukit Jong;
- Banyak alat
pertanian telah ditemui di bawah tanah, termasuklah kepala lembing, pisau,
sabit, cangkul, dan alat besi lain yang luar biasa. Artifak itu ditemui di
sebilangan tempat, termasuk tebing Sungai Lembing, Teluk Lubuk Puai, dan Bukit Jong (di
tebing Sungai Lipis). Ahli arkeologi
mempercayai bahawa alat itu dibuat oleh orang dari Zaman Batuterakhir, iaitu Zaman
Neolitik.
KERAJAAN SELANGOR
- Selepas kemangkatan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau pertama
(I) iaitu Paduka Sri Sultan Alauddin Ri’ayat Shah Ibni Upu Tenderi Burong Daing
Rilaga pada tahun 1728, ataupun lebih dikenali dengan gelaran Daeng Merewah.
Maka Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Paduka Sri Raja
Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Di-Pertuan Muda
Johor-Riau kedua (II) bagi mengantikan kekandanya.
Bagaimana lazimnya tanggungjawab dan peranan Yang Di-Pertuan
Muda Johor-Riau adalah menjaga dan mengawal wilayah-wilayah dibawah naungan
Empayar Kerajaan Johor-Riau. Sekitar tahun 1730-an, seorang Bugis yang bernama
Daeng Mateko telah berbaik dengan Raja Kecil dari Siak telah mengacau
ketenteraman di Selangor; Ini membuatkan Paduka Sri Raja Chelak datang ke Kuala
Selangor dengan angkatan perang dari Riau bagi mengamankan kekacauan yang
tercetus. Didalam misi ini Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya lari
ke Siak. Semenjak dari itu, Paduka Sri Raja Chelak sentiasa berulang-alik dari
Riau ke Kuala Selangor bagi memastikan keamanan di Selangor berterusan.
- Ketika Paduka Sri Raja Chelak berada di Kuala Selangor
penduduk Kuala Selangor memohon kepada baginda supaya terus menetap di situ.
Namun di tolak oleh baginda walau bagaimanapun, baginda telah menamakan salah
seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu bergelar Raja Kecil Jajahan
Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), selepas itu baginda pun pulang
ke riau bersama-sama dengan rombongan anak buah baginda yang telah datang dari
riau. Tidak beberapa lama selepas meletakkan anakanda baginda sebagai Raja
Kecil Jajahan Selangor di Kuala Selangor maka baginda pun mangkat pada tahun
1745.
- Raja Lumu telah datang ke Kuala Selangor sebagaimana yang
telah diperintahkan oleh ayahandanya pada tahun 1743 sebagai Raja Kecil Jajahan
Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), namun baginda tidak mendapat
perkenan dari Datuk Engku Klang selaku pemimpin utama di antara empat orang
datuk yang menjaga wilayah-wilayah di dalam Selangor namun akur dikala Raja
Lumu mendapat pengintirafan dari Paduka Seri Sultan Perak yang mewarisi
Kedaulatan Empayar Kesultanan Melaka. Datuk Engku Klang merupakan anakanda
Sultan Johor bersama Puteri Mayang Selida puteri kepada Datuk Melingkar Seri
Alam yang merupakan wakil yang dilantik oleh Sultan Johor untuk menjaga wilayah
Klang.
Sila rujuk
lampiran salasilah Datuk Engku Klang :- Empat orang datuk yang lebih dikenali dengan nama Dato
Empat Suku adalah seperti
yang di
nyatakan :
- Kuala Selangor ditadbir oleh Datuk Penggawa, Langat oleh
Datuk Aru, Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Klang dan Klang pula ditadbir
oleh Datuk Kecil Yang Tujuh (Anak Encik Kuning) yang menggelar dirinya Orang
Kaya Klang dan Datuk Engku Klang, selaku pemimpin utama ketika itu namun mereka
mempunyai tanggungjawab yang sama. Setelah empat keturunan dari Datuk Engku
Klang iaitu di zaman Datuk Engku Naga Menghulur, ketika inilah orang rakyat
berkehendakkan seorang raja sebagai Payung.
- Oleh kerana ketika itu Selangor berada dalam pengaruh Bugis,
maka keempat-empat Datuk pun bermuafakat dam telah memutuskan untuk menjemput
seorang raja sebagai penaung dikalangan anak Raja Bugis.
- Datuk berempat telah sepakat untuk meletakkan anak Raja Gowa
yang bernama Arung Pasarai dalam tahun 1700 dengan ditabal oleh Datuk Engku
Klang dan menyerahkan mohor sebagai Yam Tuan Besar Selangor. Arung Pasai
mangkat pada tahun 1723, kemudian digantikan oleh adindanya yang bernama Raja
Siti, Raja Siti mangkat dalam tahun 1743 tidak meninggalkan seorang zuriat pun.
- Kerana inilah Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua iaitu
Paduka Sri Raja Chelak Ibni Daing Rilaga melantik anakandanya yang bernama Raja
Lumu sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil Jajahan Selangor agar dapat mengisi
kekosongan Yam Tuan Besar Selangor.
- Mungkinkah Raja Siti adalah Upu Chendera Burung Kerana
kerana dari sumber lisan menyatakan bahawa Kuala Selangor telah didiami oleh
orang-orang bugis dan di ketuai oleh pemimpin perempuan yang bernama Upu
Chendera Burung dan selepas kemangkatan Upu Chendera Burung Kuala Selangor
barulah Daeng Mateko membuat kekacauan Kuala Selangor. Berita yang mengatakan
Raja Lumu anakanda Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga
menjadi Yang Dipertuan (Raja Kecil) telah sampai ke pengetahuan Paduka Seri
Sultan Perak.
- Maka Paduka Seri Sultan Muhammad Shah Ibni telah menghantar
utusan untuk mempersilakan Raja Lumu berangkat ke Kuala Bernam sebagai tempat
pertemuan. Sejurus tiba Raja Lumu, telah di sambut dengan penuh adat istiadat
kebesaran menyambut Raja-Raja Berdaulat dengan tiupan nefiri dan pukulan nobat,
ianya tujuan untuk mengujian keluhuran daulat seseorang Raja sama ada ia
benar-benar benih anak Raja Berdaulat ataupun sebaliknya.
- Setelah semua ujian tidak mendatangkan apa-apa musibah
kepada Raja Lumu, maka Paduka Seri Sultan Perak pun mengiktiraf Raja Lumu
sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor. Faktor yang memungkinkan Paduka Seri
Sultan Muhammad Shah memperkukuhkan kedudukan Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan
Besar Selangor adalah kerana membalas jasa Raja Lumu yang pernah membantu
baginda ketika krisis perebutan takhta ketika baginda menjadi Yang Di-Pertuan
Muda.
- Dalam tahun 1743 muncul seorang Raja Bugis bernama Daing
Selili bergelar “Haji Besar” dilantik sebagai Mufti Negeri Perak, kemudian di
gelar Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya oleh Paduka Seri
Sultan Sultan Mudzaffar Shah III yang merupakan Orang Besar Perak, Daing Selili
telah membawa Daing Hasanah yang kononnya dikatakan Lanun di Pulau Sembilan untuk
menyerahkan diri dan bertuankan Paduka Seri Sultan Perak, maka Paduka Seri
Sultan Mudzaffar Shah III telah melantik Daing Hasanah Sebagai Orang Besar
Negeri dan bergelar Laksamana Raja Mahkota.
- Kisah berhubung aharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’
Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota tidak dapat di jelaskan di ruangan ini
kerna ianya melibatkan perihal negeri Perak namun mereka jua bukan nya orang
lain dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Lumu.
Berkemungkinan besar Raja Lumu mendapat pengiktiraf sebagai
Yang Di-Pertuan Besar Selangor atas pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera
Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja
Lumu jua.
- Ini kerana takkan
mungkin Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III dengan mudah mengiktiraf Raja
Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor yang melepaskan Selangor sebagai
salah satu Negeri yang bebas dari takluk Johor dan mana mungkin Raja Lumu yang
pernah menyerang orang-orang baginda ketika krisis perebutan takhta diantara baginda
dengan adindanya yakni Yang Di-Pertuan Muda Raja hingga memungkinkan Kesultanan
Perak berpecah menjadi dua ianya berlaku sekitar tahun 1742-1743.
- Dari Pachat hingga ke Ulu (Utara) di bawah perintah Paduka
Seri Sultan Mudzaffar Shah III yang bersemayam di Kuala Kangsar dan dari Pachat
ke hilir hingga ke Kuala Perak di bawah perintah Paduka Seri Sultan Muhamad
Shah yang bersemayam di Pulau Tiga.
Berhubung pengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan
Besar Selangor terlalu banyak versi namun dapatlah dinyatakan bahawa Raja Lumu
di iktiraf dan di nobatkan oleh Paduka Seri Sultan Perak sekitar tahun 1743
atas jasa yang pernah diluhurkan dan pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera
Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja
Lumu jua. Hakikatnya Kesultanan Selangor telah terbina pada tahun 1743 dan
Nobat di terima pada tahun 1765 sebagai tanda, Selangor Bebas di bawah Empayar
Kesultanan Johor – Melaka. Telah menjadi tradisi dilantik kemudian ditabal
kemudian.
- Fakta-fakta dari lain-lain sumber Menurut Pejabat Sultan
Perak : Sultan Mahmud Shah memerintah Perak dari tahun 1765-1773. Waktu
pemerintahan Baginda, orang-orang Belanda masih menjalankan perniagaan membeli
bijih timah di gudang atau loji Belanda di Tanjung Putus. Raja Haji, panglima
Bugis yang masyhur dari Riau bersama kekandanya Raja Lumu, Raja Selangor telah
datang ke Negeri Perak dalam tahun 1770. Raja Lumu telah beisterikan Puteri
di-Raja Perak lalu dinobatkan dan digelar oleh Sultan Mahmud Shah dengan nama
Sultan Sallehuddin Shah. Apabila Sultan Sallehuddin Shah berangkat balik ke
Negeri Selangor, Baginda ditabalkan pula di hadapan rakyat Selangor dengan
membunyikan nobat. Waktu itu Negeri Perak dan Selangor merupakan sahabat baik.
- Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al
Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke
Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang Di-Pertuan Perak untuk mengadap.
Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor
menjadi Yang Di-Pertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian
Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh
Yang Dipertuan Besar Perak. Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin
pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat.
- Tetapi Sejarah Melayu V ditulis oleh Buyong Adil dalam The
Malay School Series 1952 menyebut Sultan Selangor itu memerintah dalam tahun
1743-1770. Ketika itu baginda berangkat ke Perak dan dinobatkan oleh Sultan
Perak bergelar Sultan Salehuddin
Begitu juga dalam sebuah buku cenderamata Selangor 1939 yang
bertulis dalam tulisan jawi, diruangan salahsila Sultan Selangor bertulis
Sultan Salehuddin memerintah dalam tahun 1743.
Mengikut buku Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan bin
Raja Ab. Hamid, semasa Perak diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Raja Selangor
datang mengadap ke Perak. Ketika ini Raja Selangor dinobatkan dan terus
dikurniakan gelaran Sultan Salehuddin dengan mengurniakan cap mohor.
TERENGGANU
- Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun
begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua
pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.
- "Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada
tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan
Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang
dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada
Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya
dalam sejarah
- Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan
juga Tun Telanai.
Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah
pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar
Johor,Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu.
Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya,
Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain
Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di
Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail
sebagai Menteri Tersat.
- Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal
Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang
Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat
al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan
Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah Sultan Sulaiman
Badrul Alam Shah Johor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin
ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang(Raja
Perempuan Mas Cayam), Raja Pattani.
- Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin
datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di
Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja
Pattani, Phra Nang Chau Yang.
- Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708.
Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal
Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I
tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang
Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang
Tiga,Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini
dipanggil Kota Lama).
- Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku
Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7
tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739,
Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan
Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu,
Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746–1760) daripada masa
pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu
dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat
pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long
Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun
1776.
- Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal
Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan
dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja
Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan
diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu
diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.
- Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu
pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada
takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II.
Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun
1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki
takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang
maju.
- Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu
diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula
digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika
pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan
Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan
"Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara
lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan
dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta
kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918–1920) dan Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).
- Walaubagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut
"Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.Tengku Seri Paduka
Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16
Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran
"Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik
sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965
hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud
dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu.
- Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun
1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang
Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta
kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan
Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 diSingapura. Dengan itu, takhta kerajaan
Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin .
KEDAH
- Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri
di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang
begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah,
sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau
landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke
selatan dan seterusnya ke kepulauanAsia Tenggara dan Pasifik.
- Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan
pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana
kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu
iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah
timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan
sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung
Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai
tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
- Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri
Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak
langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya.
Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan
masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota
Star dan Baling.
- Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang
tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark
kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di
samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan
negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan
(Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
- Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan
sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya
dan Semenanjung Malaysia amnya.Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah
dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Sangrama Vijayatunggavarmanyang
kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat
Tanjore. Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh
Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.
KELANTAN
- Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang
unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan
dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam
bernama Raja Ku Umar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat
mengesani daripada manakah asalnya Raja Ku Umar ini. Walau bagaimanapun baginda
Raja Ku Umar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan
sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Ku Umar telah menerima persembahan
balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.
- Selepas pemerintahan Raja Ku Umar lahir pula pemerintahan
Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera
Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan
telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan
Mahmud Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya
untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan
peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan
Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda
kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).
- Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera
baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan
Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang
telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan
Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah
berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja
Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan
seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.
- Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri
baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein
dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja
Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi
Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan,
kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.
- Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa
menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari
dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang menggelarkan Cik Wan
Kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor
kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.
- Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul
sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahanRaja Sakti 1638M
(1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal
menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang
cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sewaktu masih kecil
dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan
Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong
sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.
- Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita,
digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal
kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar
utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah
dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di
Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya
dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
- Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam
bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana
kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam.
Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja
Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman
cucuk sanggul Puteri Saadong.
- Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah
melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota
Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak
Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak
dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.
- Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh
rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah
"kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu
itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada
1675M (1086H).
- Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu
telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri,
iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja
Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long
Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya,
Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang
bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahandanya dan
berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan bersemayam di Sening dekat
Jembal.
- Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan
Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama
Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang
berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Geting yang memerintah di
Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan
akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pandak,
sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula
Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.
- Kemudiannya pada 1758M, Long Pandak telah mangkat di tangan
Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pandak membunuh
isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad
dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long
Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh
Long Deraman dan Penghulu Umar Kampung Laut dengan Long Yunus yang dibantu oleh
Long Gafar seorang putera kepada Raja Reman di Hulu Perak, Mandor Mis dan
Penghulu Adas(ipar Mandor Mis).
- Dalam peperangan pada 1762M, Pihak sebelah Long Muhammad dan
Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh
Long Yunus. bagi mengenang jasa yang membantunya dalam peperangan itu, maka
baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri dengan
diberi gelaran Engku Sri Maharaja Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram
sampai ke Pasir Tumbuh.
- Mandor Mis dilantik Penghulu Menteri@bendahari dengan diberi
gelaran Dato' Maharaja Wangsa serta diberi kuasa berbuat dan memerintah Kampung
yang sekarang dipangil Kampung Lundang, Penghulu Adas diberi kuasa berbuat
Kampung serta dilantik menjadi Penghulu Kampung tersebut yang sekarang dipangil
Kampung Kaduk. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan
negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan
pusat sahaja.