Sunday 4 October 2015

proses pembentukan malaysia

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukanini memuaskan hati semua pihak.

 JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)

Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut.

Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaaan Brunei menyertai gabungan.

Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas akan konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan pembentukanMalaysia ini. Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit. Semenjak  pembentukan jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.

Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff, Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.

  SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa dengan memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri) ke dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu, banyak faedah diperoleh rakyat Negara-negara yang berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan membuat  syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah serta telah menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan. Selain itu, suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Semasa menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600 pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak ) memorandum yang dikemukakan sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua kaum, Majlis Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan, pemimpin-pemimpin agama mahupun orang perseorangan. Daripada keseluruhan kerja atau tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Cobbold ini, jelas mereka membuat tinjauan serta penyiasatan secara menyeluruh dan mewakili sebahagian besar penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.

Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

a.            1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan  tanpa syarat
b.            1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
c.            1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.

Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.

Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :

a.            Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
b.            Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
c.            Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
d.            Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
e.            Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.

 REFERENDUM SINGAPURA

Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold, Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.

Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
a.            Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).
b.            Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
c.            Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayahBorneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).

Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.

Penganalisis sejarah mendakwa sokongan Singapura ini adalah ekoran kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat berhubung tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan, perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis akan dapat dibendung dengan jayanya dengan pembentukan ini. Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.[3]

  PEMISAHAN SINGAPURA

Semenjak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin rumit dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak mungkin untuk Singapura terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang boleh mencetuskan keganasan. Para pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul Rahman berpendapat lebih wajar Singapura berpisah daripada Malaysia sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik yang berterusan. Akhirnya Singapura berpisah dari Malaysiapada Ogos 1965. 

             FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA.

a.         Perlembagaan.

Kebanyakkan soal yang berkaitan dengan perlembagaan berkisar tentang isu ekonomi dan kewangan. Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan. Selain beberapa kekecualian, semua hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan 60% untuk Singapura dan baki 40% lagi untuk kerajaan Persekutuan. Oleh sebab beban cukai Singapura paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan, akibat konfrontasi, kerajaan Persekutuan bercadang mengkaji semula agihan hasil dan Singapura perlu menyerahkan  60% daripada jumlah hasilnya dan bukanya 40% seperti yang dipersetujui sebelumnya. Cadangan ini dibantah oleh Singapura kerana mengikut perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan bahawa sehingga bulan Disember 1968, kerajaan Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan cukai import yang baharu. Kebenaran itu boleh ditangguhkan, jika sesuatu jenis cukai itu boleh menjejaskan perdagangan bebas Singapura.

Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan bagi tahun 1965, terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura membantah pengenalan cukai-cukai baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa berunding terlebih dahulu. Pada akhir bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan para pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan tentang perlindungan tarif, sebelum membuka kilang. Arahan ini menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan media yang meluas.

           
b.         Persaingan Politik Antara PAP dan MCA

Keadaan ini dapat dilihat apabila pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan bahawa kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. Kemudianya, PAP mengubah keputusan itu dan bertanding dalam pilihanraya umum di Tanah Melayu pada tahun 1964. Pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu atas sifatnya sebagai sebuah parti perkauman Cina. Penglibatan PAP yang terlalu awal dalam kegiatan politik di Tanah Melayu juga menjejaskan perpaduan kaum, terutama hubungan UMNO dengan MCA. Malahan, PAP dikatakan berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam Kerajaan Perikatan.

           
c.         Masalah Perkauman

Masalah perkauman ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu ‘berasa diri mereka diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu, beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin rumit selepas Setiausaha Agong UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP, Lee Kuan Yew cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura sering mengencam golongan yang disifatkan sebagai ‘pelampau’ dalam kerajaan Persekutuan, terutama Syed Jaafar Albar yang dituduh oleh para pemimpin PAP sebagai bertanggungjawab menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada bulan Julai dan September 1964.

Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia juga kurang disenangi oleh para pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah mengenepikan institusi dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity Convention sebagai satu pakatan dikalangan parti pembankang dengan slogan A democratic Malaysian Malaysiauntuk menandingi parti Perikatan. Beliau menyeru diwujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua” melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.

Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia  juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura. Mereka menggalakkan negeri-negeri itu menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi dan prinsip-prinsip perlembagaan yang telah dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain bertindak balas. Memandangkan sebahagian besar pihak pembangkang terdiri daripada bukan Melayu, keadaan ini seolah-olah mencerminkan penentangan mereka terhadap orang Melayu yang menguasai kerajaan. Keadaan yang berlaku bukan lagi berbentuk pertikaian antara PAP dengan UMNO, tetapi lebih menjurus rebutan kuasa politik antara kaum Melayu dengan bukan Melayu


d.         Perbezaan Pendekatan Parti Perikatan Dan PAP


PAP berhasrat untuk mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman’ secara serta-merta dan berpendapat konflik timbul akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP berminat untuk berdebat secara terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan dasar-dasar baharu dengan segera. Parti Perikatan terutama UMNO merupakan parti yang dibentuk dengan struktur perkauman berdasarkan masyarakat majmuk yang sedia wujud di Malaysia. Parti Perikatan berpendapat perbincangan secara terbuka tentang perbezaan kaum boleh mencetuskan ketegangan dan kekacauan. Perbezaan pendekatan dalam menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan pergeseran antara Parti Perikatan dengan PAP.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Akibat bantahan hebat orang Melayu, Kerajaan British telah membatalkan rancangan Malayan Union. British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, usaha mereka  menubuhkan satu sistem pemerintahan baru di Tanah Melayu tidak akan berjaya. Maka pada Julai 1946 kerajaan British telah membentuk satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru mengantikan Malayan Union. Jawatankuasa itu dianggotai oleh empat orang wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British. Perkara-perkara yang dicadangkan ialah:

i.              Pemulihan kedudukan raja-raja Melayu dengan kedaultan mereka dikembalikan.
ii.             Penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri di Tanah Melayu
iii.            Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu
iv.           Jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan[10]

Rangka Cadangan Perlembagaan Tanah Melayu ini telah mendapat bantahan daripada kaum bukan Melayu melalui AMCJA. Manakala pertubuhan politik Melayu yang tidak sealiran dengan UMNO iaitu PUTERA turut sama menentang rangka perlembagaan


5.1.7   PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Pada bulan Januari 1948, kerajaan British menerima cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini dipersetujui dan ditandatangani oleh sembilan orang raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British pada 21 Januari 1948, dan berkuatkuasa mulai 1 Febuari 1948.

Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

a.            Mengandungi sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Singapura dikekalkan sebgai sebuah tanah jajahan British yang berasingan.
b.            Di Ketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan Persekutuan
c.            Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu yang ditugaskan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Mesyuarat Kerja Negeri di peringkat negeri yang fungsinya sama seperti Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.
d.            Jawatan Menteri Besar diwujud bagi menggantikan jawatan Residen British dan kuasa kerjaan negeri pula ditambah termasuk kewangan, kerajaan tempatan dan kesihatan.
e.            Pemberian kerakyatan kepada orang asing menetap di Tanah Melayu setelah Perlembagaan tahun 1984 dikuatkuasakan, mereka yang dianggap sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu ialah:

i.              Semua rakyat raja di sebuah negeri Melayu
ii.             Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka serta menetap selama 15 tahun berturut-turut di mana-mana negeri dalam Persekutuan
iii.            Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan yang bapanya sendiri dilahirkan di Persekutuan atau telah menetap selama 15 tahun berturut-turut.
iv.           Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan dan bertutur dalam bahasa  Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
v.            Mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan ibu bapanya juga dilahirkan di Persekutuan dan menetap selama 15 tahun berturut-turut.

f.             Penduduk lain layak memohon menjadi warganegara dengan syarat-syarat berikut:

i.              Dilahirkan di Persekutuan dan menetap selama lapan tahun dari tempoh 12 tahun atau menetap selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan itu dibuat.
ii.             Pemohon mesti berkelakuan baik, mempunyai pengetahuan dalam bahasa Melayu atau Inggeris dan mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun[11].


 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

a.            Kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan.  Jawatan Residen British digantikan  dengan jawatan Menteri Besar

b.            Orang Melayu  membuat pengorbanan besar dengan memberi kerakyatan kepada kaum imigran.  Ini bermakna kaum imigran kini boleh menikmati hak yang sama dengan orang Melayu dan mengambil bahagian dalam pemerintahan Negara.

c.            Orang Melayu berharap pengorbanan  yang besar ini dibalas oleh pohak kerajaan melalui usaha meninggikan taraf hidup mereka melalui peruntukan ‘kedudukan istimewa’ dalam perlembagaan, tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan British

d.            Kaum bukan Melayu, terutama orang cina menentang penubuhan Persekutuan kerana Singapura tidak dimasukkan ke dalam Persekutuan mereka juga membantah pemberian taraf ‘kedudukan Istimewa’ kepada orang Melayu dalam perlembagaan.

e.            Penentangan paling hebat dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan lain-lain pertubuhan sayap kiri.  PKM berusaha merampas kuasa secara kekerasan sehingga mengakibatkan darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada bulan Jun 1946[12].

f.             Kejayaan  besar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu,  Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di Bukit Fraser pada  6 Oktober 1951.

g.            Kejayaan PKM tidak berpanjangan akibat langkah-langkah kerajaan menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan, kedudukan PKM semakin lemah dan jumlah anggotannya semakin merosot



5.2    ANCAMAN KOMUNIS

5.2.1   PARTI KOMUNIS MALAYA

Matlamat komunis di Tanah Melayu ialah untuk menubuhkan sebuah negara Komunis. Ideologi komunis ini mula disebarkan di Tanah Melayu pada 1930an dan semakin berkembang pada tahun 1941 hingga 1945 akibat perasaan anti Jepun.[13] Walaupun British bekerjasama dengan MPAJA dan PKM semasa pendudukan Jepun tetapi selepas tahun 1945 pihak British enggan menerima PKM. Sejak itu bermulalah penentangan PKM terhadap kerajaan British di Tanah Melayu

5.2.2   PERKEMBANGAN SEBELUM DARURAT

Sebelum tahun 1937 sambutan orang Cina kepada PKM tidak begitu menggalakkan,namun selepas kekalahan Negara China dalam perang China - Jepun. PKM berjaya mempengaruhi perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan mereka. Dasar PKM bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua menjadikan pengaruhnya semakin meluas. Kerjasama dengan British melalui Force 136 memberi PKM peluang untuk meluaskan sokongan di kalangan orang awam.

Selepas Perang Dunia Kedua beakhir dan sebelum British kembali semula ke Tanah Melayu. PKM dan MPAJA keluar dari hutan dan mengambil alih pemerintahan selama tiga minggu. Dalam tempoh itu, tentera komunis yang dipanggil Bintang Tiga bertindak kejam untuk membalas dendam kepada penduduk tempatan yanag dituduh bersubahat atau bekerjasama dengan tentera Jepun.

Setelah British kembali semula memerintah, kerajaan British mengarahkan supaya MPAJA menyerahkan semua senjata dan membubarkan pasukan gerila yang ditubuhkan semasa pendudukan Jepun. Walaupun arahan itu dipatuhi, tetapi tidak semua senjata yang diserahkan kerana sebahagian besar daripadanya dan bekalan makanan masih disembunyikan di hutan. Tindakan MPAJA meletakkan senjata itu lebih merupakan satu langkah simbolik untuk menggambarkan yang PKM berjuang atas landasan perlembagaan.


5.2.3   PENYUSUPAN KE DALAM KESATUAN SEKERJA DAN PERGERAKAN POLITIK

Selepas MPAJA  dibubarkan, PKM memulakan kegiatan subversive dengan menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja.  PKM menerima sokongan kuat daripada sebuah gabungan kesatuan sekerja yang dikenali sebagai Pan-Malayan Federation Of Trade Unions (PMFTU). Melalui kesatuan sekerja PKM menganjurkan mogok di seluruh Tanah Melayu[14]. Akibat tindakan mogok, banyak kerja yang tergendala dan masa kerja terbuang begitu sahaja.

PKM juga menyusup masuk ke dalam pergerakan politik.  Menjadi tenaga penggerak kepada usaha menyatukan golongan kiri melalui PUTERA – AMCJA untuk  menentang Malayan Union. PUTERA mewakili parti politik orang Melayu  yang berfahaman kiri dan AMCJA dikatakan  mewakili kaum bukan Melayu. Kesemua pertubuhan di bawah naungan PKM, kecuali  MIC diresapi atau bersimpati dengan komunis dan menjadi pertubuhan barisan hadapan PKM.

Gabungan PUTERA – AMCJA mengemukakan cadangan perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat pada tahun 1974. Cadangan itu di tolak oleh kerajaan British yang meneruskan usaha menubuhkan Persekutuan Tanah melayu bagi menggantikan Malayan Union.

5.2.4   KEGIATAN SUBVERSIF PKM

PKM melancarkan serangan melalui pasukan gerila yang diketuai Pegawai khas. Diperingkat pusat, pegawai ini mengarahkan pegawai gerila daerah yang kemudian mengarahkan pegawai gerila di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat mukim.Setiap pasukan gerila dibahagikan kepada unit-unit kecil untuk menjalankan kegiatan subversive[15]

Kumpulan gerila menjadi anggota utama dalam pasukan bertindak PKM yang dikenali sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA). Pasukan bertindak ini bertanggungjawab melakukan serangan bersenjata. MRLA bekerjasama rapat dengan Min Yuen, iaitu orang awam Cina yang diarahkan untuk mengumpulkan maklumat penting, menyediakan bekalan ubat, menyebarkan risalah-risalah komunis, mencari bantuan kewangan dan mengambil rekrut-rekrut baru.

Menjelang pengisytiharan darurat, kempen keganasan PKM tersebar dengan meluas. Pasukan gerila komunis menjalankan kegiatan di kawasan ladang getah dan lombong bijih timah di pesisiran hutan belantara. Ini bertujuan untuk membangkitkan ketakutan, kegelisahan dan perasaan tidak puas hati rakyat kepada pihak kerajaan.

Kejayaan terbesar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951. Walaubagaimanapun, kejayaan PKM tidak berpanjangan akibat langkah-langkah kerajaan menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan, kedudukan PKM semakin lemah dan jumlah anggotannya semakin merosot.[16] Pada tahun 1952, PKM memindahkan markasnya di Bentong, Pahang ke Betong di Selatan Negara Thai. PKM juga mula mengatur strategi lain untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai cita-citanya politiknya.











AMCJA


5.2.5   LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KOMUNIS

a.         Mengisytiharkan Darurat

Menjelang pertengahan tahun 1948, keganasan  PKM semakin hebat.  Antara bulan  Oktober 1945 hingga Disember 1947, PKM melakukan 191 pembunuhan dan dalam enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 pembunuhan. Kemuncak keganasan berlaku pada 12 Jun 1948, apabila tiga orang pemimpin  Kuomintang dibunuh di Johor, dan  diikuti oleh pembunuhan tiga orang peladang Eropah  dalam masa satu hari di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun  1948.

Peristiwa ini memaksa kerajaan British mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa tempat di Johor pada 18 Jun 1948.  Sehari selepas itu, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan diikuti di Singapura pada 23 Jun 1948. Setelah undang-undang Darurat dikuatkuasakan, PKM dan pertubuhan di bawah naungannya diharamkan.

Darurat adalah istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk merujuk kepada kekacauan yang meletus di Tanah Melayu akibat kebangkitan komunis. Oleh itu, bermulalah secara rasmi usaha kerajaan British untuk memerangi keganasan komunis di Tanah Melayu.  PKM memulakan kegiatan secara gerila melalui gerakan ‘bawah tanah’.

Semasa darurat beberapa usaha telah dijalankan untuk mengatasi keganasan PKM. Antaranya ialah :

i.          Mengharamkan PKM melalui undang-undang darurat
ii.          Menggunakan tentera dan polis untuk menangkap sesiapa yang disyaki.
iii.         Memperkenalkan sistem kad pengenalan di mana rakyat yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri.
iv.        Home guard di kampung-kampung telah ditubuhkan.
v.         Tentera-tentera komanwel telah dibawa masuk
vi.        Usaha-usaha menyatupadukan kaum-kaum melalui Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum


b.         Rancangan Briggs

Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs iaitu Pengarah Gerakan menentang Komunis pada tahun 1950. Rancangan diperkenalkan bertujuan untuk membanteras kegiatan komunis melalui strategi menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.

Rancangan ini bertujuan menghalang penduduk Cina daripada membekalkan  makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan. Di bawah rancangan ini kampong-kampung dipinggir hutan ditempatkan semula di kawasan baharu yang dipanggil Kampung Baru yang mudah dikawal. Kampung Baru dipagar disekelilingnya dan disediakan kemudahan seperti sekolah dan pusat kesihatan.

Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pembrontakan Komunis kerana ia dapat melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa Komunis keluar daripada hutan.


c.         Rancangan Templer (Perang Saraf)

Sir Gerald Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas Komunis dengan mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah:

            i.          melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu
ii.          memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri
iii.         memberi hadiah kepada mereka yang memberikan maklumat mengenai pengganas Komunis
iv.        menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka
v.         memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota Komunis


Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan Hitam dan kawasan Putih. Pada tahun 1952. Kawasan Hitam ialah kawasan yang didapati giat dengan aktiviti komunis dan perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan Putih ialah kawasan yang selamat atau bebas daripada pengaruh Komunis

Melalui pengisytiharan ini kegiatan gerila dapat dikawal dengan baik dan berkesan. Melaka menjadi negeri pertama yang diisytiharkan sebagai kawasan putih pada bulan September 1953. Dibawah rancangan ini juga tindakan menyekat kemasukan bekalan makanan ke kawasan  yang menjadi sarang kegiatan Komunis telah dijalankan

d.         Rundingan  Baling

Pada Pilihanraya Umum Persekutuan pertama pada bulan Julai 1955 memberi  kemenangan besar kepada Parti Perikatan. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi ketua Menteri Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu. Di bawah sistem berkerajaan sendiri. Pemberian taraf berkerajaan sendiri mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan. Ini menjadikan pengaruh Komunis semakin merosot.

Tunku Abdul Rahman berjanji untuk menamatkan darurat dengan segera. Pada bulan September 1955, beliau menawarkan pengampunan secara beramai-ramai kepada semua pengganas komunis. Mereka yang menyerah diri tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh pihak kerajaan. Kemerosotan pengaruh Komunis menyedarkan para pemimpin PKM, terutama Chin Peng bahawa perjuangan mereka tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Akhirnya, Chin Peng bersetuju untuk berunding dengan kerajaan. Rundingan itu diadakan pada 28-29 Disember 1955 di Baling Kedah.

Perwakilan
Nama
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Tunku Abdul Rahman
Ketua  Menteri Singapura
David Marshall
Presiden  MCA
Tan Cheng Lock
Parti Komunis Malaya
1.    Chin Peng (Setiausaha Agung)
2.    Chen Tien ( Ketua Propaganda)
3.    Rashid Mydin
      (Ahli Jawatankuasa Pusat)
                
Tokoh yang menghadiri Rundingan  Baling di Kedah pada 28-29 Disember 1955

Dalam rundingan  itu, Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menerima tawaran  pemgampunan  kerajaan.  Chin Peng menolak  permintaan itu dan sebaliknya meminta PKM  dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.  Rundingan Baling berakhir dengan kegagalan kerana kerajaan enggan tunduk dengan tuntutan PKM. Pada tahun 1960, kegiatan PKM berjaya dilumpuhkan, akibat tindakan keras kerajaan memerangi kegiatan Komunis.  Pada 31 Julai 1960, darurat diisytiharkan tamat secara rasmi.  Sepanjang tempoh darurat, seramai 6398 orang anggota PKM dibunuh, 1245 di tawan dan 1938 menyerah diri[17].
   
Jawatan dalam Parti Komunis Malaya
       Hadiah Wang Tunai
1.   Setiausaha Agung (Chin Peng)
$ 250 000
2.   Ahli Biro Politik
$ 200 000
3.   Ahli Jawatankuasa Pusat
$150 000
4.   Ahli Jawatankuasa Negeri dan Daerah
$120 000
5.   Anggota Biasa
$2500-$2000
                        
                  Tawaran  hadiah wang tunai atas penangkapan atau pemberian maklumat
                                            tentang pengganas  Komunis semasa darurat.



5.3    PERUNDINGAN  KEMERDEKAAN

Pada bulan Ogos 1955 Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Parti Perikatan menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London untuk  menrundingkan soal kemerdekaan Tanah Melayu. Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British. Alan Lennox-Boyd. Dalam memorandum itu, Parti Perikatan meminta dua perkara iaitu:

i.              Pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin
ii.             Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal    perlembagaan baru Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu memberi persetujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan usaha  ke arah kemerdekaan. Mereka juga meminta supaya rundingan kemerdekaan tidak diadakan dengan wakil-wakil parti perikatan sahaja, tetapi turut melibatkan wakil raja-raja Melayu. Pada  bulan November 1955, wakil raja-raja Melayu  dan parti Perikatan berunding terlebih dahulu untuk mencapai  kata sepakat tentang beberapa perkara asas seperti:
      
i.              Kawalan Kewangan
ii.             Perlantikan rakyat tempatan utnuk mengetui jabatan-jabatan kerajaan
iii.            Keselamatan dalam negeri dan penggubalan perlembagaan

Dalam rundingan itu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan tidak akan terjejas selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada 1 Januari 1956, Rombongan Kemerdekaan bertolak ke London. Rombongan itu terdiri daripada empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Rombongan itu bertolak ke London dengan tujuan untuk berunding dengan kerajaan British bagi mendapat kemerdekaan Tanah Melayu.



                                  Nama
Jawatan
i.      Dato’ Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Ketua)   Dato’ Panglima Bukit Gantang).
ii.     Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmud
iii.    Dato’ Muhammad Seth bin Muhammad Said
iv.   Abdul Aziz bin Haji Abdul  Majid
  Menteri Besar Perak

  Menteri Besar Kelantan
  Menteri Besar Johor

Menteri Besar Selangor
Abdul Kadir bin Shamsuddin selaku Setiausaha rombongan

Rajah:  Wakil raja-raja Melayu dalam Rombongan Kemerdekaan 1956

Rundingan kemerdekaan Tanah Melayu di London dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British, Alan Lennoxz Boyd. Rundingan itu yang diadakan mulai 18 Januari hingga 8 Febuari 1956 berjaya mencapai beberapa persetujuan iaitu:

i.          Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Selepas merdeka, Tanah Melayu akan terus kekal dalam lingkungan komanwel dengan mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.
ii.          Rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan.
iii.         Pihak British dibenarkan untuk menempatan tenteranya di Tanah Melayu.
iv.        Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baharu Tanah Melayu.

Nama
Jawatan
1.    Tunku Abdul Rahman Putra (Ketua)
2.    Dato’  Abdul Razak bin Dato’ Hussien
3.    Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman
4.    Kolonel Hau Shek Lee (H.S.Lee)
  Ketua Menteri
  Menteri Pelajaran
  Menteri Tanah dan Galian
  Menteri Pengangkutan
T.H. Tan  ( Setiausaha Parti Perikatan) selaku Setiausaha Rombongan

Rajah:  Wakil Parti Perikatan dalam Rombongan Kemerdekaan 1956





Suruhanjaya Reid

Pada bulan 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya itu dinamakanSuruhanjaya Reid dengan dipengerusikan oleh Lord Reid dan dianggotai (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak, iaitu orang perseorangan, pertubuhan politik, kesatuan sekerja dan persatuan yang mewakili kepentingan golongan tertentu dalam masyarakat.

Suruhanjaya itu juga menerima 131 memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak, termasuk memorandum Parti Perikatan dan raja-raja Melayu. Memorandum Perikatan merupakan satu bentuk pakatan murni, hasil rundingan dan tolak ansur antara UMNO, MCA dengan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.`Pakatan murni’ itu mengandungi dua perkara penting, iaitu mengekalkan empat unsur tradisional dalam perlembagaan – bahasa Melayu, agama Islam, institusi beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu serta hak untuk menjadi warganegara berasaskan prinsip jus soli kepada kaum bukan Melayu.

Suruhanjaya Reid mengadakan 118 mesyuarat antara bulan Jun sehingga Oktober 1956 untuk mengkaji dan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada semua pihak. Pada bulan Mei 1957, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan yang terdiri daripada 11 orang ahli untuk menyemak dan mengkaji Laporan Reid.


SURUHANJAYA REID

       






  
Pengerusi:
Lord Reid (Britain)

Ahli-ahli Suruhanjaya:
Sir Ivor Jennings (Britain)
Sir William McKell (Australia)
Hakim B. Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Mengubal satu perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka













                                      Rajah:  Keanggotaan dan bidang tugas Suruhanjaya Reid


Ciri-Ciri Perlembagaan 1957

Terdapat empat ciri utama dalam struktur kerajaan yang dicadangkan, iaitu:

a.         Ketua Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu. Baginda memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.
b.         Ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana Menteri yang dilantik di kalangan parti yang mempunyai suara terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri akan menubuhkan Kabinet yang menjadi badan tertinggi dalam mengubal dasar-dasar kerajaan.
c.         Sebuah badan perundangan di peringkat persekutuan, iaitu Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat mempunyai 104 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh selama lima tahun. Dewan Negara mengandungi 38 orang ahli dan mereka berkhidmatenam tahun.
d.         Ketua perlembagaan di peringkat negeri ialah raja atau gabenor. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun. Pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Pemberian taraf kewarganegaraan dibuat berasaskan perkara-perkara berikut:

a.            Mereka  yang  telah  menjadi  warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
b.            Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada  atau selepas Hari Merdeka.
c.            Mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin selama lima daripada tujuh tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.
d.            Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan, tetapi telah bermastautin selama lapan daripada 12 tahun yang terdahulu, dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu serta mengangkat sumpah taat setia.
e.            Pemilikan dua kerakyatan tidak dibenarkan, kecuali bagi mereka yang memiliki kerakyatan Komenwel.

Peruntukan tentang bahasa, iaitu:

a.            Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di Tanah Melayu. Pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa asing yang lain secara umumnya tidak dilarang.
b.            Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Undangan dan mahkamah atau lain-lain urusan rasmi dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

Terdapat dua peruntukan lain yang berhubung dengan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu, iaitu:

a.            Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas di mana-mana tempat dalam Persekutuan.
b.            Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu berhubung dengan pemberian tanah di kawasan simpanan, kuota dalam perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain serta keutamaan dalam pemberian biasiswa, lesen perniagaan dan lain-lain bantuan kerajaan[18].


Perisytiharan Kemerdekaan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh raja-raja Melayu dan Persuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGallivry di King’s House, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Perjanjian itu mengekalkan sebahagian besar struktur Perjanjian Persekutuan, 1948 dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri[19].

Pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor sebagai menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.Pada pagi 31 Ogos 1957di Stadium Merdeka, wakil Ratu Elizabeth II menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Pertama. Tunku kemudiannya melaungkan perkataan ‘merdeka’ sebanyak tiga kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang  hadir di stadium itu.

Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad, kesemua raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan asing.  Pada hari yang sama, kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama diumumkan.[20]

KEMERDEKAAN
31 Ogos 1957